Halaman

Tuesday, 24 June 2014


Anda ingin melakukan aktiviti snorkeling, diving, jungle trekking, kayak, banana boat dan lain-lain sukan pantai ? Serta menikmati keindahan matahari terbenam & keindahan laut yang biru ? PULAU PERHENTIAN adalah tempat persinggahan yang pasti memukau selera anda . 

Tahukah anda mengenai pulau ini ? 
Ia dijadikan tempat persinggahan bagi kapal-kapal dagang yang berulang alik dari China ke Asia Tenggara seperti Singapura, Jawa ( Indonesia) dan beberapa tempat di Semenanjung Tanah Melayu. Di pulau ini juga dijadikan tempat persinggahan kapal-kapal garam dari Singgora (Selatan Thai), untuk menghantar garam ke Kuala Terengganu.

Oleh kerana pulau ini sering dijadikan tempat persinggahan bagi kapal-kapal yang dalam pelayaran, ia telah dinamakan sebagai Pulau Perhentian.
Menarik bukan ? Walaupun sudah bertahun - tahun lamanya, Pulau Perhentian ini masih lagi tetap kekal dengan kecantikan & keindahan alam semula jadi.


No comments:

Post a Comment