Halaman

Tuesday, 24 June 2014

Cerita Lawak 1

Satu hari Pak Pandir mengalami sakit kepala yang amat sangat. Lalu dia pun pergi ke pekan untuk berjumpa dengan doktor.

Doktor: "Serba salah saya hendak memberitahu Pak Pandir nie.. Tapi saya mesti beritahu Pak Pandir bahawa Pak Pandir telah menghidapi Barah Otak."

Pak Pandir: "Hooreeeee!!" (melompat kegirangan)



Doktor: "Pak Pandir fahamkan maksud saya?" (kebingungan)

Pak Pandir: "Tentu sekali saya faham, apa doktor fikir saya bodoh sangat ke?"

Doktor: "Habis tu, kenapa gembira sangat?"

Pak Pandir: "Sebelum ini isteri saya Mak Andir selalu marah saya dengan mengatakan saya 'takde otak'. Dengan berita baik ini ia telah membuktikan bahawa saya sebenarnya mempunyai otak."

No comments:

Post a Comment